Mereka Sangka Jumpa Telur Burung Hutan Tetapi Di Saat Telur Itu Menetas Semua Terkejut Bila Lihat Isinya
Terdapat banyak spesis flora dan fauna di dalam dunia ini yang masih belum ditemui dan dikenali seperti telur yang dijumpai oleh pemuda ini di hutan.
Pemuda ini menemui satu spesis unik yang berupa seperti telur burung yang aneh dan misteri. Dengan menyangka ia telur dari seekor burung, pemuda ini memerhati perkembangan telur tersebut.
Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati yang spesis ini bukan dari burung tetapi dari spesis tumbuhan.
Tumbuhan ini berasal dari Australia dan ia juga ditemui di New Zealand dan Tasmania.
Untuk pengetahuan anda, spesis tumbuhan ini adalah satu spesis dari keluarga cendawan. Tumbuhan ini dikenali sebagai ‘Devil’s Finger‘ atau ‘Octopus Stinkhorn’ atau nama saintifiknya ‘Clathrus Archeri’.
Apabila ia masih berada dalam benihnya, rupanya seperti sebiji telur burung.
Tidak seperti spesis cendawan yang lain yang akan tumbuh dari penyebaran spora, ‘Devil’s Finger’ akan tumbuh dengan keluar dari telur tersebut dan tidak akan tumbuh di atas tanah.
Biasanya antara 4 hingga 8 sesungut akan keluar menjalar dari telur tersebut. Dan apa yang paling aneh dan luarbiasa, tumbuhan ini tidak langsung mempunyai rupa seperti cendawan yang biasa atau tumbuhan aneh lain yang biasa kita lihat. Spesis ‘Devil’s Finger’ adalah antara yang terpelik di dunia.
Warna tumbuhan ini yang sangat menarik, berupaya menarik perhatian lalat yang akan menyebarkan benih dari spora tumbuhan ini.
Menurut Encyclopedia of Life, apabila ‘Devil’s Finger’ ini masih lagi di dalam telurnya, ia boleh dimakan. Tetapi ia tidak boleh dimakan apabila telah menetas dari telurnya.
Apabila anda mahu memakannya, makanlah semasa ia masih di dalam telur dengan masa yang sesuai.
Amat ajaib apabila melihat spesis cendawan yang luar biasa ini. Bagai melihat tumbuhan pelik dari planet lain
Mari lihat video dengan info menarik di bawah.
Sumber: ERA BARU via RahsiaMediaHati Dot Com
Tiada ulasan: