Wanita Ini Pernah Mencecah Berat Hampir 100Kg Dan Ini Caranya Bagaimana Dia Mampu Turun Separuh Dari Itu. Amat Mudah Sebenarnya
Ketika berat badan mencecah 90 kilogram (kg), wanita ini pernah berhabis sehingga RM13,000 semata-mata mendapatkan rawatan di pusat pelangsingan badan. Namun syarat yang ketat antaranya perlu mengehadkan jenis makanan menyebabkan Sarina Hashim, 54, tidak dapat mengikutinya secara konsisten.
Video Penuh Berada Di Bawah Artikel
“Akhirnya saya menamatkan program itu kerana tidak serasi walaupun mengalami kerugian belasan ribu ringgit. Saya memang suka makan, namun apabila terpaksa ‘berpantang’ pelbagai jenis makanan, saya rasa sengsara ketika mengikuti setiap sesi di pusat itu,” katanya.
Tahap kesihatan yang semakin merosot menyebabkan dia terpaksa bertemu doktor untuk mendapat rawatan. Doktor menyarankan Sarina menurunkan berat badan kerana ia dapat memudahkan kawalan masalah kesihatan yang dialaminya.
“Lalu saya bertanya mereka yang pernah mengikuti program di pusat kecantikan untuk mendapatkan maklum balas tanpa mengetahui sebenarnya ibu, juga seorang bidan mempunyai petua tradisional yang menjadi amalan sejak turun temurun.
“Percaya pada amalan senaman Melayu lama, ibu saya mengamalkan senaman selama tiga bulan bagi memperbetulkan pernafasan,” katanya.
Terdapat banyak senaman diperkenalkan antaranya Teratai Menguntum yang baik untuk paru-paru dan juga rahim. Senaman ular senduk untuk menguatkan pinggang, senaman susuk buaya bagi kekuatan otot badan.
“Ibu yang terkenal dalam perbidanan Melayu lama memang mempunyai badan yang cantik walaupun sudah berusia 90 tahun. Saya mula melakukan semua petua yang diberikan selama tiga bulan dan menjaga pemakanan iaitu mengelak pengambilan gula, susu pekat manis dan juga ais.
“Saya juga mengambil ulam-ulaman setiap hari seperti jarum mas, akar serapat serta mengambil makanan sunnah seperti kurma dan madu. Nasi juga saya kurangkan jumlahnya,” katanya.
Amalan pemakanan diikuti senaman secara konsisten menyebabkan dia mengalami penurunan badan sebanyak 20kg dalam masa tiga bulan. Ia sesuatu yang cukup menggembirakan kerana dia tidak perlu mengeluarkan banyak wang untuk mendapatkan hasilnya.
“Saya gembira melihat hasilnya dan terus mengamalkan senaman secara konsisten sehingga mendapat berat ideal 60kg. Namun begitu tiga makanan utama masih saya elakkan iaitu gula, susu pekat manis dan ais,” katanya.
Mahu bantu wanita sihat
Berpengalaman sebagai guru selama 23 tahun, Sarina mengakui wanita sering berhadapan masalah berat badan apabila usia semakin meningkat. Realitinya setiap kali bangun tidur dan melihat diri di cermin ramai merungut melihat bentuk badan mereka. Ramai ingin berubah namun tiada kemampuan melakukannya.
“Ada mengikuti program kurus, tetapi rata-rata menyediakan jadual pemakanan yang sangat ketat. Mana mungkin sebagai wanita normal yang dulunya makan apa saja terpaksa mengehadkan pengambilan makanan. Contohnya langsung tidak boleh mengambil nasi sedangkan ia adalah makanan ruji kita selama ini.
“Saya berasa bertanggungjawab memperbetulkan perkara ini menerusi pendekatan yang saya gunakan sendiri. Alhamdulillah terbukti ia berkesan,” katanya.
Bertanggungjawab membantu lebih ramai wanita tampil cergas dan sihat Sarina menganjurkan program Salina’s Secret menggunakan moto Kini Giliranmu Tampil Persisku.
Program ini memberi pendedahan mengenai tip dan petua serta kaedah mengikut amalan dan pengalaman Sarina sendiri merangkumi pemakanan, pemakaian, senaman, pantang larang dan rutin hidup seharian. Ini kerana wanita ini percaya usia hanya sekadar angka.
Rutin dan cara hidup yang baik membantu semua wanita untuk tampil menarik dan berkeupayaan menyumbang kepada kemajuan dan produktiviti negara
“Kajian yang kami jalankan menerusi Sarina’s Secret mendapati produktiviti wanita di Malaysia mula menyusut dengan ketara apabila mencecah umur akhir 30-an. Ia merujuk kepada keyakinan diri, kesihatan dan kecergasan. Oleh itu saya sangat menekankan wanita bersenam dan menjaga pemakanan untuk kekal langsing dan sihat.
“Saya juga menggalakkan wanita memakai bengkung pada waktu malam untuk mendapatkan bentuk tubuh yang diinginkan. Sebelum itu sapu bahagian perut menggunakan minyak campuran bawang putih. Dalam program ini peserta akan belajar cara menghasilkannya mengikut mengikut petua terdahulu.
“Misalnya teknik ketika bangun tidur yang memberikan impak pada keseluruhan emosi dan kesihatan secara keseluruhan. Namun ramai wanita tidak tahu dan tidak mengamalkannya,” katanya.
Program yang bermula dengan skala kecil di Pantai Timur menyasarkan kepada wanita yang memiliki berat badan berlebihan atau obes. Ia hanya menjurus kepada nasihat, petua serta pelbagai tip berguna dari segi pemakanan, pakaian dan pantang-larang yang perlu diamalkan.
“Harapan saya agar wanita Malaysia menyedari mengenai kewujudan program ini supaya menyertai dan seterusnya menjadi alternatif kepada mereka terutama yang berusia untuk memiliki berat badan ideal,” katanya.
Program ini juga dianggap pelengkap kepada kepercayaan dan perjuangan Sarina dalam menyerikan keterampilan wanita. Gabungan komponen ilmu, kemahiran, motivasi dan amalan cara hidup yang menjadi amalannya diharap mampu mengembalikan tarikan kaum hawa.
Dengan bayaran serendah RM25, program ini menyasarkan 10,000 penyertaan membabitkan wanita terutama yang tinggal di bandar utama. Ia bermula Ogos ini di 10 lokasi utama di Malaysia. Pendaftaran program boleh dilakukan melalui dalam talian manakala semua info akan didapati melalui laman Facebooknya. SUMBER : HMETRO ONLINE
Video Penuh
Tiada ulasan: