Telegram Channel

Cara Penjagaan Rantai Motosikal Supaya Tahan Lebih Lama


Cara Penjagaan Rantai Motosikal Yang Betul
 

Cara Penjagaan Rantai Motosikal Supaya Tahan Lebih Lama

Antara perkara yang selalu rider ambil mudah ialah tentang cara penjagaan rantai motor. Rantai motor merupakan antara elemen penting untuk menggerakkan motosikal. Tapi, jika menjaganya dengan elok juga tidak akan membuatkan motor lebih laju.

BELI DIRT 99 PRODUK DISINI UNTUK CUCIAN RANTAI LEBIH!



Namun, jika anda mengabaikan cara penjagaan rantai motor akan mengakibatkan motor semakin perlahan tanpa anda sedar.

Cara Penjagaan Rantai Motosikal Yang Betul

Lebih baik untuk anda ambil sedikit masa untuk mengikuti cara penjagaan rantai motor yang betul supaya tidak susah di kemudian hari.

1. Periksa Ketegangan Rantai Motor

Cara Penjagaan Rantai Motosikal Yang Betul
[Kredit]

Ambil sedikit masa untuk cek ketegangan rantai motor anda. Ketegangan rantai motor biasanya tidak terlalu tegang atau terlalu kendur.

Rantai motosikal yang terlalu tegang akan membuatkan rantai cepat haus atau putus. Tapi rantai yang terlalu kendur pula dapat mengakibatkan ia sering terkeluar dari kedudukan yang sepatutnya.

Cara untuk periksa ketegangan rantai motor

1. Letakkan jari anda pada rantai motor

2. Cuba untuk angkat jari di tengah-tengah rantai motor

3. Lihat jarak di antara rantai

4. Semak jarak yang sepatutnya mengikut manual penjagaan motosikal yang telah diberikan

5. Anda boleh mengubah sendiri rantai motor atau hantar ke mana-mana bengkel berdekatan untuk pemeriksaan lanjut


2. Sentiasa Cuci Rantai Motor

Rantai motor juga perlu selalu dicuci supaya bersih dari sebarang debu atau kotoran.

Anda boleh memilih samada mencuci rantai motor dengan menggunakan:
1. Air + sabun (jika rantai tidak terlalu kotor)
2. Minyak tanah (kerosene)
3. Pencuci rantai

Ada juga yang menggunakan WD40 untuk membersihkan rantai motor. Tapi cara ini agak kontroversi kerana ada yang mengatakan WD40 tidak elok untuk kondisi rantai.

3. Berus dan Cuci Rantai Motor Anda

[Kredit]

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mencuci rantai menggunakan pencuci rantai atau menggunakan berus gigi.

Penggunaan sabun dan minyak tanah saja tidak cukup untuk membersihkan celahan rantai. Hal ini demikian kerana masih ada habuk atau kotoran yang masih belum dicuci sepenuhnya di antara rantai.

4. Lincirkan Rantai Ketika Masih Suam

Di samping itu, anda juga perlu menggunakan pelincir rantai dengan betul. Sebenarnya, pelincir rantai lebih elok digunakan semasa rantai masih suam atau hangar.

Dengan keadaan ini, makin mudah untuk pelincir lantai diratakan pada seluruh permukaan lantai.

Selepas itu, anda juga digalakkan untuk menunggang motosikal semula selepas menggunakan pelincir rantai. Cara ini merupakan kaedah mudah untuk memastikan pelincir rantai diratakan dengan lebih baik ke seluruh bahagian.

5. Basuh Rantai dan Sproket Selepas Terkena Hujan

Anda dinasihatkan untuk segera membasuh rantai motor yang terkena air hujan atau terendam banjir menggunakan air dan sabun.

Keadaan ini disebabkan kotoran yang berada dalam air boleh menyebabkan kotoran melekat pada lantai dan sproket yang dapat meyebabkan hakisan dan karat.

6. Periksa Kondisi Rantai Motor Setiap 500km

Bagi pengguna motosikal tegar, pastikan anda sentiasa memeriksa kondisi rantai motor setiap 500km atau setiap minggu.


Jika anda bukan pengguna motosikal yang tegar, pemeriksaan rantai secara sebulan sekali sudah cukup memadai.

Jenis-jenis Rantai Motor Yang Terdapat di Pasaran

Untuk pengetahuan anda, rantai motor juga mempunyai jenis-jenis yang tersendiri.

Terdapat 3 jenis rantai motor yang selalu digunakan iaitu:

  1. O-ring Chain
    Mampu mengekalkan ketegangan dan mengekalkan prestasi motosikal lebih lama. O-ring mampu mengekalkan kehadiran gris dalam setiap pin pautan rantai. Dengan itu, bendasing seperti habuk dan pasir lebih sukar untuk melekat di celahan sambungan rantai. Rantai jenis ini mampu bertahan sehingga tempoh mileage 30,000km sebelum ditukar baru.
  2. X-ring Chain
    Luas permukaan sentuhan antara rantai dan gelang adalah lebih kecil. Ia dapat mengurangkan permukaan geseran sekaligus mengurangkan kehilangan kuasa. Namun, rantai jenis X-ring lebih mahal dua hingga tiga kali ganda berbanding rantai O-ring yang berjenama sama.
  3. Standard Chain
    Harga lebih murah berbanding dengan rantai yang lain.

Bila Rantai Motor dan Sproket Perlu Diganti?

Untuk pengetahuan anda, rantai dan sproket motor perlu diganti apabila mileage mencecah kira-kira 25,000km. Namun, ia turut bergantung kepada cara tunggangan anda.

Jika setiap hari motor anda terdedah dengan persekitaran yang berdebu, kotor dan basah; ada kemungkinan rantai motor anda perlu ditukar lebih awal dari mileage yang disebutkan tadi.

Tapi anda perlu ingat, jangan hanya bergantung kepada mileage sahaja. Pastikan anda sentiasa cek keadaan rantai dan spoket anda jika terdapat sebarang kerosakan awal.

Kenapa Rantai Motor Berbunyi Kasar?

Rantai motor berbunyi kasar bermaksud bunyi tersebut datang dari bahagian spoket. Untung menghilangkan bunyi tersebut, anda perlu letakkan pelincir khas.

Anda tidak disarankan untuk menggunakan minyak enjin terpakai kerana ia boleh mendatangkan kerosakan. Penggunaan minyak enjin terpakai pada rantai motor boleh mengakibatkan rantai dan spoket lebih mudah rosak berbanding penggunaan pelincir khas.

Pencuci Rantai Motor Yang Bagus

Sebenarnya, tiada pelincir rantai yang paling bagus. Selalunya, ketahanan rantai bergantung kepada cara tunggangan, cara penjagaan dan bajet yang ada gunakan untuk menyelenggara motor.

Yang penting, sebelum anda beli sebarang pelincir motor, pastikan ia mempunyai elemen anti-percikan. Elemen ini diperlukan bagi memastikan rim tidak mudah mengumpul debu dan kotoran supaya dapat tahan lebih lama.

Kesimpulan

Bagi memastikan rantai motor anda berada dalam kondisi yang baik, pastikan anda mengambil langkah-langkah awal untuk sentiasa memeriksa jika ianya berada dalam keadaan yang baik.

kurangkan geseran dan ware di dalam sistem pelinciran enjin

  • mengurangkan suhu panas enjin
  • optimumkan prestasi minyak enjin
  • melindungi dalaman enjin & memanjangkan hayat enjin
  • mengurangkan bunyi & gegaran dari enjin
  • memanjangkan hayat minyak enjin
  • meningkatkan prestasi enjin
  • membantu memastikan enjin lebih bersih
  • penukaran pedal lebih smooth & kuasa pecutan bertambah
  • rintangan kehausan (ware) & faedah pelinciran yang bagus
  • menambah baik kecekapan bahan api
  • risiko rendah untuk overhaul

Kami berharap agar artikel ini dapat membantu anda serba sedikit berkenaan cara penjagaan rantai motosikal untuk motor anda.

Kredit: PandulajuGempakMaskulin

Cara Penjagaan Rantai Motosikal Supaya Tahan Lebih Lama Cara Penjagaan Rantai Motosikal Supaya Tahan Lebih Lama Reviewed by Admin on Ogos 25, 2024 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.