Telegram Channel

Kemaskini STR 2024 (Sumbangan Tunai Rahmah)

 


SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BAHARU & KEMASKINI MAKLUMAT STR 2024 KINI DIBUKA SEPANJANG TAHUN

TEKAN DISINI UNTUK SEMAKAN


Ramai yang TIDAK LULUS STR disebabkan TIDAK KEMASKINI MAKLUMAT terkini yang diperlukan.


Adakah anda salah seorang yang menerima status sebegini sedangkan sebelum ini anda lulus STR?


TEMPOH KEMASKINI MAKLUMAT ASAS PERMOHONAN LULUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024 KINI DIBUKA


Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah) dan cara membuat PERMOHONAN BARU, KEMASKINI MAKLUMAT STR dan semakan status.


Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR 2024 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR, BTR dan BKM.


Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.


Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.


Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.


Penerima bayaran STR 2024 Fasa 1 &2 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang diterima dan berstatus Lulus.


Kaedah pembayaran:


  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Siapa Yang Perlu Buat Permohonan Baru / Kemaskini STR 2024?

Ramai yang tertanya-tanya, sama ada mereka perlu membuat kemaskini sekiranya TIADA PERUBAHAN maklumat berbanding sebelum ini.


Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
  2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  1. Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
  2. Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

Semakan Syarat Kelayakan STR 2024

Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.


ii. Warga Emas Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Kemaskini STR 2024 (Sumbangan Tunai Rahmah) Kemaskini STR 2024 (Sumbangan Tunai Rahmah) Reviewed by Admin on Ogos 28, 2024 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.