Nasi Goreng USA



Nasi Goreng USA

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk tumis:
3 ulas bawang putih
biji bawang holland
10-12 tangkai cili padi
**Ambil serba sedikit kesemua bahan di atas dan tumbuk kasar untuk nasi goreng

Bahan-bahan untuk nasi goreng:
Bahan tumbuk kasar (yang bertanda **)
1 sudu besar cili kisar
-1 batang lobak merah
cawan udang
3-4 cawan nasi
2 sudu besar kicap cair
Sedikit serbuk lada sulah
2-3 batang kacang panjang
1 biji telur
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk daging masak merah:
2-3 sudu besar minyak masak
Hirisan bawang putih dan cili padi (dari bahan di atas)
2 sudu besar sos tomato
Anggaran 300g daging rebus bersama pewarna merah
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
air rebusan daging
1 sudu besar sos ikan Thai
sudu besar cili pes Thai (pilihan)
1 sudu besar cili kisar
Gula secukup rasa
1 biji tomato
2-3 helai daun limau purut
4 putik jagung
Hirisan bawang Holland

Bahan-bahan untuk telur goreng:
Minyak masak
Telur

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk nasi goreng:
Tumbuk kasar serba sedikit hirisan nipis bawang holland, bawang putih dan cili padi.
Tumis bahan-bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan cili kisar, lobak merah yang didadu dan udang.
Selepas udang kelihatan sudah separuh masak, masukkan nasi, kicap cair, sedikit serbuk lada sulah, dan hirisan kacang panjang.
Tepikan nasi dan masukkan telur ditengah;. Tabur sedikit serbuk lada sulah diatas telur dan masak sehingga separuh masak lalu gaul telur bersama nasi.
Tambah garam secukup rasa dan teruskan menggoreng sehingga nasi goreng masak kering.

Cara-cara untuk daging masak merah:
Rebus daging bersama sedikit air dan pewarna merah sehingga daging menjadi lembut. Simpan air rebusan daging.
Panaskan minyak lalu tumis baki hirisan bawang holland, bawang putih dan cili hijau.
Masukkan sos tomato, sos cili, hirisan daging, sos tiram, air rebusan daging, sos ikan Thai, cili pes Thai (pilihan) dan cili kisar.
Masukkan sedikit gula secukup rasa, potongan tomato, daun limau purut, sayur putik jagung dan hirisan bawang holland.
Tambah air untuk lebihkan kuah.

Cara-cara untuk Nasi Goreng USA:
Panaskan minyak dan goreng telur.
Hidang nasi goreng bersama daging masak merah serta telur goreng dan juga ulam-ulaman seperti salad mahupun timun. Tabur sedikit daun bawang sebagai hiasan.

Tips :
Selain meletakkan udang didalam nasi goreng, boleh sahaja digantikan dengan sotong atau ayam.

Sambal belacan juga boleh dijadikan tambahan bagi hidangan Nasi Goreng USA disamping daging masak merah dan ulam-ulaman.

Nasi Goreng USA Nasi Goreng USA Reviewed by Admin on September 02, 2024 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.